SYARAT KEAHLIAN PESERTA KHAIRAT SPJM
1. Yuran dan Tempoh Keahlian
1.1 - Yuran keahlian ialah sebanyak RM150.00 untuk tempoh satu (1) tahun.
1.2 - Keahlian akan berkuat kuasa apabila proses pendaftaran telah lengkap dan bayaran penuh telah diterima serta disahkan oleh Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (“SPJM”).
1.3 - Tempoh keahlian adalah selama dua belas (12) bulan daripada tarikh keahlian diaktifkan. Tarikh mula dan tarikh tamat keahlian akan direkodkan dalam sistem SPJM.
2. Pembaharuan Keahlian
2.1 - Ahli hendaklah membuat pembaharuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh tamat keahlian.
2.2 - Bagi pembaharuan yang dibuat sebelum tarikh tamat, tempoh keahlian baharu akan bermula sehari selepas tempoh keahlian semasa berakhir.
2.3 - Sekiranya pembaharuan tidak dibuat sebelum tarikh tamat, status keahlian dan kemudahan berkaitan boleh digantung sehingga bayaran pembaharuan diterima serta disahkan oleh SPJM.
2.4 - Bagi keahlian yang telah tamat, tempoh keahlian baharu akan bermula pada tarikh bayaran pembaharuan diterima dan disahkan.
3. Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi
3.1 - SPJM boleh mengumpul dan memproses data peribadi ahli bagi tujuan berikut:
- i. pendaftaran dan pengurusan keahlian;
- ii. pengesahan identiti dan pembayaran;
- iii. penyampaian maklumat berkaitan keahlian;
- iv.pengurusan pertanyaan, bantuan dan rekod ahli; dan
- v. pematuhan terhadap keperluan undang-undang atau pihak berkuasa.
3.2 - SPJM akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi ahli disimpan dengan selamat dan hanya diakses oleh individu yang diberi kuasa.
3.3 - Data peribadi tidak akan dijual kepada pihak lain. Data hanya boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh SPJM, pihak berkuasa atau mana-mana pihak lain apabila diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
4. Persetujuan untuk Aktiviti Lain SPJM
Dengan memberikan persetujuan secara berasingan, ahli membenarkan SPJM menggunakan nama, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat perhubungan yang berkaitan bagi menyampaikan maklumat mengenai program, latihan, aktiviti kemasyarakatan, peluang kesukarelawanan, kebajikan dan aktiviti lain yang dianjurkan atau dikendalikan di bawah SPJM. Persetujuan ini adalah secara sukarela dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan menghubungi pihak pentadbiran SPJM. Penarikan balik persetujuan tidak akan menjejaskan pemprosesan yang telah dibuat sebelum penarikan tersebut atau pemprosesan yang masih diperlukan bagi urusan pentadbiran keahlian.
Sekian, terima kasih
PENTADBIR
Fungsi Utama
Akses perkhidmatan utama khairat SPJM.
PENDAFTARAN PESERTA
Pendaftaran peserta. Sila rujuk
syarat & polisi. Jika anda bermasalah untuk daftar atau menggunakan sistem ini, sila hubungi pentadbir.
PERBAHARUI KEAHLIAN
Peserta yang telah berdaftar boleh menyemak status, perbaharui keahlian dan kemaskini maklumat keahlian.
HUBUNGI SPJM
Segala kesulitan & pertanyaan mengenai khairat SPJM boleh hubungi 0139227937